NEXAUTO

UNTUK AFFILIATE TIKTOK & SHOPEE

Penat Nak Buat Video Affiliate Hari-Hari?

Buat stok siap-siap.

Masukkan produk yang nak dibuat, pilih cara video, kemudian biarkan NEXAUTO jalan satu demi satu. Tak perlu duduk mengadap PC tunggu setiap video siap.

Percuma · Boleh cuba sehingga 20 video sehari

Guna laptop/PC. Kami tunjuk cara nak mula.

Affiliate bekerja di laptop dalam rumah Malaysia pada waktu siang
Tak perlu siapkan semuanya malam ini.Buat stok, ikut rentak sendiri.

BILA PRODUK MAKIN BANYAK

Affiliate Kena Post Hari-Hari.
Tapi Bila Nak Buat Videonya?

Produk ada banyak.
Hari ni sempat buat 3.
Esok kena fikir video lagi.

01

Masukkan gambar

Produk lain, gambar lain.

02

Pilih cara video

Supaya ikut produk yang nak dibuat.

03

Tunggu & simpan

Kemudian ulang semula dari awal.

BILA ADA STOK VIDEO

Yang penat bukan buat satu video.
Yang penat bila kena ulang benda sama banyak kali.

Bila ada stok, lebih mudah nak pilih video yang sesuai untuk post. Ada pengguna yang siapkan lebih 100 video dalam kurang dua jam. Ada juga yang kumpul hampir 300 video untuk stok sebulan.

Hasil setiap orang tak sama. Ia bergantung pada produk, cara guna, Nexabot, laptop/PC, internet dan masa yang ada.

CARA MULA

Tiga langkah. Lepas itu, semak bila dah siap.

  1. 1

    Masukkan gambar produk

    Susun produk yang memang nak dijadikan video.

  2. 2

    Pilih cara video yang nak dibuat

    Kalau dah ada prompt yang biasa guna, pilih je yang tu.

  3. 3

    Tekan START

    NEXAUTO bantu sambung produk seterusnya satu demi satu.

Tak perlu hafal benda teknikal. Kami tunjukkan cara mula.

Affiliate membuat kerja lain sementara laptop masih berjalan

TAK PERLU MENGADAP LAMA-LAMA

Tak perlu tengok setiap video sampai siap.

Tekan START, kemudian sambung buat kerja lain. Datang semula untuk semak hasil bila sesuai.

Cuma pastikan ini kekal jalan:Laptop/PC, browser, internet dan Nexabot.

NEXAUTO membantu sambung produk seterusnya. Ia bukan bermaksud laptop boleh ditutup atau proses boleh dibiarkan tanpa semakan langsung.

CERITA PENGGUNA

Bukti yang kami nak tunjuk, biar datang daripada pengguna sebenar.

Swipe untuk baca screenshot WhatsApp asal satu demi satu.

Screenshot WhatsApp pengguna menyebut NEXAUTO best gila dan penggunaan 209 daripada 300
“Best gila” · 209/300 digunakanScreenshot WhatsApp asal
Screenshot WhatsApp pengguna menyebut NEXAUTO lebih mudah daripada tool lain
Lebih mudah daripada tool lain yang pernah dicubaScreenshot WhatsApp asal
Screenshot WhatsApp pengguna menyebut 100 video dibuat dalam kurang dua jam
100 video dalam kurang dua jamScreenshot WhatsApp asal
Screenshot WhatsApp pengguna menyebut sistem membantu buat banyak video affiliate
Affiliate perlukan banyak video untuk post hari-hariScreenshot WhatsApp asal
Screenshot WhatsApp pengguna menyebut hampir 300 video sebagai stok sebulan
Hampir 300 video untuk stok sebulanScreenshot WhatsApp asal

Ini pengalaman pengguna sebenar, bukan janji hasil. Jumlah video bergantung pada Nexabot, laptop/PC, internet dan cara penggunaan.

Nak cuba tengok sesuai atau tidak?

APA YANG PERLU ADA

Senang faham: satu buat video, satu bantu sambung kerja.

01

Laptop atau PC

Untuk buka browser dan jalankan proses.

02

Nexabot

Di sinilah video dibuat.

03

NEXAUTO

Tolong sambung produk seterusnya.

Nexabot yang buat video.NEXAUTO yang tolong sambung produk seterusnya.

Nexabot dibayar berasingan. Sebagai rujukan, pakej Nexabot tertentu pernah bermula sekitar RM0.78 sehari; harga dan pakej tertakluk pada Nexabot dan tidak termasuk NEXAUTO.

PILIH IKUT KEPERLUAN

Mula free. Naik taraf bila dah rasa sesuai.

Tak perlu terus ambil plan berbayar untuk cuba.

FREE

RM0

Boleh cuba sehingga
20 video sehari

Untuk 1 laptop/PC. Sesuai nak cuba cara kerja NEXAUTO dulu.

UNTUK BUAT LEBIH BANYAK

NEXAUTO MAX RM15

untuk 30 hari

Tiada had harian daripada NEXAUTO

Untuk sehingga 5 laptop/PC.

Bayaran belum dibuka.
Nak tengok pilihan lain yang lebih kecil?
STARTER · RM5 / 30 hariSehingga 100 video berjaya sehari · 2 laptop/PC
PRO · RM10 / 30 hariSehingga 300 video berjaya sehari · 2 laptop/PC

Nexabot tidak termasuk dan dibayar berasingan. Tiada had harian daripada NEXAUTO bukan jaminan jumlah video; hasil sebenar bergantung pada Nexabot, laptop/PC, internet, masa proses dan keadaan penggunaan.

SOALAN BIASA

Tanya dulu pun boleh.

NEXAUTO ni buat video ke?

Video dibuat dalam Nexabot. NEXAUTO membantu sambung produk satu demi satu supaya tak perlu ulang proses yang sama dari awal untuk setiap produk.

Saya kena pandai teknikal ke?

Tak perlu. Mula dengan produk dan cara video yang biasa digunakan. Kami tunjuk langkah asas untuk mula.

Boleh guna telefon sahaja?

Proses perlu berjalan pada laptop atau PC dengan browser. Telefon boleh digunakan untuk semak perkara lain, tetapi bukan sebagai pengganti laptop/PC.

Lepas tekan START, boleh tutup laptop?

Belum boleh. Laptop/PC, browser, internet dan Nexabot perlu kekal berjalan supaya proses boleh diteruskan.

RM15 dah termasuk Nexabot?

Tak. RM15 ialah NEXAUTO MAX untuk 30 hari. Langganan atau akses Nexabot dibuat berasingan.

MAX betul-betul tiada had?

MAX tiada had harian daripada NEXAUTO. Jumlah video yang berjaya tetap bergantung pada Nexabot, laptop/PC, internet dan masa proses.

Bayaran dah boleh dibuat?

Belum. Pembayaran masih belum dibuka supaya tiada bayaran pelanggan yang tersangkut. Free masih boleh dicuba melalui borang dan WhatsApp.

KALAU PRODUK BANYAK

Jangan habiskan masa buat kerja yang sama berulang kali.

Masukkan produk, pilih cara video, kemudian biarkan NEXAUTO bantu sambung satu demi satu.

Guna laptop/PC. Nexabot dibayar berasingan.
NAK CUBA FREE
RM0 · 20 video/hari